No subtitles for this video yet.
EXCLUSIVE: IFTAR 2013
DescriptionHIJABISTA MAGAZINE IFTAR 2013 IN CONJUNCTION WITH 'BULAN BARAKAH' Bertempat di Putrajaya Equestrian Park, Prescint 5, Putrajaya, Majlis Iftar bersama Hijabista telah diadakan sempena kehadiran bulan Ramadan sekali gus meraikan pelbagai pihak serta pembaca bertuah yang senantiasa memberikan sokongan padu kepada majalahMore
HIJABISTA MAGAZINE IFTAR 2013 IN CONJUNCTION WITH 'BULAN BARAKAH'
Bertempat di Putrajaya Equestrian Park, Prescint 5, Putrajaya, Majlis Iftar bersama Hijabista telah diadakan sempena kehadiran bulan Ramadan sekali gus meraikan pelbagai pihak serta pembaca bertuah yang senantiasa memberikan sokongan padu kepada majalah HIJABISTA sedari mula hingga ke hari ini.
Acara meriah ini diserikan dengan kehadiran empat orang pengacara Rancangan Hijabista TV, di Astro Ria, 104 iaitu Syakirin Husnal, Dayah Bakar, Faatin Akib dan Yasmin Matthews serta watak utama drama mini Dunia Lola, Mira Filzah yang telah berbesar hati untuk mengacarakan perjalanan majlis ini. Lagak spontan dan kepetahan mereka berlima menggamatkan lagi majlis tersebut.
Majlis santai yang bertemakan 'All About Dress' ini penuh warna-warni dengan tetamu yang hadir mengikut gaya. Antara barisan tetamu yang hadir adalah dari kalangan pemilik-pemilik butik, pereka fesyen tersohor serta barisan 'blogger' ternama.
Sebagai penyeri majlis, sesi cabutan bertuah telah diadakan yang mendapat tajaan daripada jenama serta label terkemuka seperti lima set minyak wangi Playboy Frangrances, tiga hamper L'occitane, tiga set kalung dari Denni & Co. @ Parkson, serta tiga set kluc serta hijab dari Park Avenue @ Parkson, serta lima headband Sereni & Shentel.
Tanda penghargaan kepada tetamu yang hadir, turut diadakan anugerah 'Miss Best Dress' yang dimenangi oleh Azura Mazaruddin, 'Miss Most Outstanding' jatuh kepada Raja Nadia Sab
- Loading…